OXBRIDGE & MAK GROUP BERHAD
  • Home
  • Press Interview
  • Press Features
  • About Us
  • Core Business Values
  • Investor Kit
  • Contact

Siap cepat, murah

11/17/2013

0 Comments

 
Kuala Lumpur: OxBridge & Mak Development (OMD) memperkenalkan teknologi Reinforced Concrete Methodology (RCM) yang antara lain dapat membantu mengurangkan tempoh pembinaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Reka Bentuknya, Alan Mak berkata, teknologi berkenaan membolehkan pembeli dapat menghuni kediaman yang dibeli dalam masa antara 12 dan 18 bulan dari tarikh kerja pembinaan dimulakan.

Picture
“Dengan menggunakan RCM, kami dapat membina rumah dalam tempoh yang lebih singkat dari kaedah konvensional. Sebagai contoh, pembinaan bagi projek seluas 40,000 kaki persegi dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan berbanding kaedah konvensional yang mengambil masa setahun,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya menjalankan projek pembinaan secara usaha sama dengan pemilik tanah yang akan memberi penjimatan untuk pemilik tanah dan pembeli.

“Melalui kaedah ini, kami boleh membina penginapan bertingkat seperti apartmen dan kondominium dengan harga jauh lebih murah daripada yang ditawarkan di pasaran ketika ini dan masa menunggu yang lebih pendek,” katanya.
“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko pembiayaan dan hutang tidak berbayar oleh bank dan pembeli dapat menghuni rumah yang dibeli. Ia juga akan menggalakkan perkembangan sektor hartanah dan memberi peluang untuk golongan muda memiliki rumah sendiri walaupun baru memulakan kerjaya,” katanya.

Katanya, pihaknya juga boleh membina kediaman pada harga lebih murah memandangkan banyak penjimatan dapat dibuat.

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/16
Harian Metro http://www.hmetro.com.my/articles/Siapcepat_murah/Article/
0 Comments

November 16th, 2013

11/16/2013

0 Comments

 
Picture
0 Comments

      Archives

    March 2016
    October 2015
    September 2015
    March 2015
    January 2015
    June 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Press Interview
  • Press Features
  • About Us
  • Core Business Values
  • Investor Kit
  • Contact